Kita Kini Berada di Curam Kejatuhan Tahap Keintektualan Remaja
Saya adalah remaja 15 tahun. Dan apa yang saya akan tulis ini adalah, InSyaaAllah, benar-benar belaka.
Telah lama saya memerhatikan gelagat remaja, samada sama umur ataupun atas saya (umurnya), hatta sedari saya kecil lagi. Dan, berdasarkan pemerhatian itu, saya perasan bahawa wujudnya satu kelompok yang mengabaikan pelajaran. Bukan sahaja mengabaikan pelajaran formal, malahan pelajaran informal yang sepatutnya dikuasai oleh masyarakat sedari masa kecil lagi seperti adab dan akhlak, toleransi, penggunaan kata dan tatabahasa dan sebagainya juga kurang dikuasai.
Saya risau, kurangnya generasi yang mahu belajar dan banyaknya remaja yang mahu berfoya-foya menikmati nikmat dunia yang fana' ini akan sedikit sebanyak menghancurkan wawasan Malaysia Maju kita. Masakan tidak, kurangnya kelayakan di bidang pekerjaan tertentu seperti bidang falak, sains, agama, kepimpinan dan sastera akan mengurangkan kebarangkalian lahirnya kelompok pekerja yang berintergriti dan layak serta bijak bekerja. Generasi muda adalah tonggak kejayaan sesebuah negara, pabila ia hancur maka musnahlah sekali watannya.
Saya berharap, golongan yang berkuasa akan lebih memberikan perhatian terhadap isu ini dan golongan remaja akan lebih bersemangat menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi.
Salam.
Posted Feb 21, 2026, 5:32 PM UTC